Selasa, 23 November 2010

Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.

1. Izhar Syafawi( الإظهار الشفوي ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.

2. Ikhfa' Syafawi( الإخفاء الشفوي ).
Dari sudut bahasa: Tersembunyi Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

3. Idgham Mithlain Saghir( إدغام مثلين صغير ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar